Tuesday, December 1, 2020

Kepercayaan tentang Nat

 

Nat dalam bahasa Burma bermaksud semangat dipuja di Myanmar dan juga negara-negara jiran yang majoriti penduduknya menganut ajaran Buddha. Di Myanmar, Nat terbahagi kepada 37 Nat Agung dan selebihnya adalah semangat yang menjadi penunggu di pokok, di air dan sebagainya. Kesemua 37 Nat Agung itu asalnya adalah manusia yang mengalami chaim-sein atau kematian hijau yang bermaksud kematian sebelum masa. Oleh itu, mereka digelar sebagai nat-sein atau semangat hijau. Hijau dalam konteks ini bermaksud masih belum cukup matang.

Dalam kepercayaan penganut Buddha di Maynmar, terdapat dua jenis nat iaitu auk-nat atau semangat tahap rendah sama ada yang bernama atau tidak bernama dan ahtet-nat iaitu semangat tahap tinggi yang terdiri daripada dewata yang berdiam di kayangan enam lapisan.

Seperti juga keramat, nat boleh juga muncul disebabkan oleh pelbagai sebab termasuklah oleh mereka yang hanya mengetahui rantau tertentu di Myanmar. Pemujaan terhadap nat ini tidak begitu popular di kawasan bandar namun ia berpengaruh di kawasan luar bandar. Ia diamalkan oleh etnik minoriti di Myanmar dan kelompok bangsa Bamar sendiri. Penduduk berbangsa Bamar selalunya menjalankan upacara yang melibatkan aliran ajaran Buddha Theravada apabila berlaku kejadian yang melibatkan nat.

Setiap kampung Bamar mempunyai nat-sin yang terdiri daripada tokong penunggu kampung. Penunggu kampung digelar sebagai ywa-saung nat. Nat aung-see atau kelapa persembahan selalunyai digantung di urudan atau sebelah tenggara rumah, dipakaikan gaung baung atau tanjak dan diberikan juga sebagai persembahan kepada Min Mahagiri iaitu penunggu gunung agung yang dikenali sebagai ein dwin atau ein saung yang menjadi pelindung rumah. Seseorang itu juga boleh mewarisi dua nat dari dalam kalangan 37 nat yang dipuja sebagai nat mi-hsaing (sebelah ibu) dan nat pa-hasing (sebelah bapa) bergantung kepada tempat asal mereka. Sesetengah orang juga menggunakan nat pelindung sendiri yang dikenali sebagai ko-saung nat.

Saturday, September 26, 2015

Sejarah Zaman Purba Myanmar


Zaman ini dikira dari milenia 11,000 sehingga abad ke-10 M.

Zaman Prasejarah
Negara-Kota Pyu
Kerajaan-Kerajaan Mon
Kerajaan-Kerajaan Arakan
Rujukan

Gambar: Lukisan mural Buddha Tanhakara

Sunday, July 26, 2015

Perbualan Ringkas


Bahasa Burma

A: Ne kāung lāḥ?
B: Me kāung pā thay.
A: Myamar za gā pyau tat lā?
B:  Myamar za gā me pyau dat bu.

Bahasa Melayu

A: Apa khabar?
B: Baik terima kasih.
A: Boleh berbahasa Myanmar?
B: Tidak boleh berbahasa Myanmar.

(In progress) 

Picture: Christopher Martin
Source: Loecsen

Sunday, June 14, 2015

Tegur Sapa


มีนกลาบะศิน์ Mingalāba Shin Salam; Selamat Sejahtera
สฺวาะเดามัย Thwādo May Selamat Jalan
เทฺวมัยเณา Twei May Nou Jumpa Nanti
หุก์เค Hokkey Ya
มหุก์บูะ Mahokbu Tidak
ธีมุาศีน Dhimhā Shin Maaf
เจฺยะสูะทน์ปาทัย Cheyzu Thinpa Thay Terima Kasih
เจฺยะสูะมนฺยาะกฺยีทน์ปาทัย Cheyzu Myegyi Thinpa Thay Terima Kasih Banyak

Rujuk: Loecsen

Saturday, September 6, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Nei Chindar Min Ahnar



Penyanyi Pu Su dari negeri Shan (Tai)...

Sunday, August 24, 2014

Senarai Suku Kaum Tidak Diiktiraf

Sama seperti Republik Bukit China, pemerintah junta Myanmar tidak mengiktiraf beberapa kelompok etnik bersama dengan 135 kelompok etnik yang disahkan iktiraf oleh pemerintah iatu:
  • Orang Burma Peranakan Eropah.
  • Orang Cina Muslim Yunnan dan Guangxi.
  • Orang Cina Burma.
  • Orang India Burma.
  • Orang Gurkha.
  • Orang Pakistan.
  • Orang Rohingya.
Mereka tidak diberi hak kewarganegaraan oleh pemerintah serta tidak mempunyai passport Myanmar. Bagi mereka yang miskin, mereka terpaksa memohon bantuan suaka di Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Kebanyakan orang Myanmar di Malaysia, masuk dengan status pelarian. Mereka berbeza dengan imigran ekonomi.