Bosan sudah. Di Malaysia bahagian Tanah Melayu ini, bila bersembang itu; kalau bukan Indonesia. Mesti Thailand. Jom kita meneroka negara ASEAN lain pula seperti Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina. Cemuih lah!
Malaysia sudah menjadi hos untuk pelarian Myanmar dari etnik Rohingya, Rakhine, Karen, Kachin, Chin, Shan serta orang Myanmar lain yang berketurunan Tamil, Cina dan Bangladesh. Oleh itu, boleh juga kita memahami negara ini untuk pengetahuan am.
Pengalaman aku bekerja dengan Burma secara serius itu cuma empat hari saja. Dengan Rohingya banyak kali juga jumpa. Sekitar tahun 2006-2008 itu, ramai yang duk meminta sedekah di Butterworth dan Georgetown. Kemudian, di Pasar Puchong pun berlonggok.
Aku pernah pergi juga ke Wat Burma Dharmika Rama off Wat Siam Jaya Mangal Rama semasa di Penang. Untuk hangpa yang totok duk cuma sesama "Melayu" itu, puak kami agak terbuka juga sebab kami memang berasal dari pekan (urban) semenjak 300 tahun dulu. Bercambah lah juga Sri Lankan Muslim pergi ke biara Buddha melawat. Kami berkelah lagi tepi kolam di biara sambil bersembang dan hentam kuaci.

No comments:
Post a Comment